Pelancongan & Perhotelan

#

De Rhu Beach Resort (DRBR) merupakan penginapan hotel bertaraf 3 bintang dengan jumlah 162 buah bilik telah dimiliki oleh PKPP sejak tahun 1997. DRBR terletak di Pantai Balok, Kuantan turut menawarkan harga bilik penginapan yang berpatutan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya ialah taman tema mini dan kolam renang. DRBR diuruskan oleh Kenanga Utuh Sdn. Bhd. (KUSB) iaitu anak syarikat milik penuh PKPP. Selain DRBR, KUSB turut menguruskan Kem Nemo yang merupakan pusat perkhemahan (glamping) mampu menampung sehingga 200 pengunjung pada satu-satu masa yang hanya terletak bersebelahan DBRB sahaja.

#

Di samping itu, PKPP turut menceburi sektor Agro Pelancongan melalui penstrukturan semula dusun Sungai Semuji untuk dijadikan pusat rekreasi dan latihan. Agro Resort Sungai Semuji terletak di jalan lama Kuantan – Maran menawarkan destinasi pelancongan dengan tarikan dusun buah-buahan seperti durian dan rambutan serta taman haiwan seperti rusa dan arnab di samping kemudahan kolam memancing kepada pengunjung.

“Sekarang, rakyat Malaysia perlu mengambil peluang ini untuk meneroka semua tempat yang terkenal di Malaysia yang mungkin tidak pernah mereka fikirkan sebelum ini. Kita ada banyak (tempat) untuk ditawarkan dalam negara kita sendiri, kita perlu memanfaatkannya.”

– YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya