Rancangan Sosial

# #

LKPP Negeri Pahang telah diberikan tanggungjawab untuk membangunkan Rancangan Sosial di Negeri Pahang iaitu:

1. Rancangan Ladang Kecil

Rancangan Ladang Kecil mula diwujudkan pada tahun 1971. Rancangan ini bertujuan membangunkan kawasan baharu dipinggir luar bandar dengan memberikan tanah pertanian kepada rakyat negeri ini yang tidak mempunyai tanah dan mempunyai tanah tetapi saiz tidak ergonomik untuk diusahakan.

Seramai 325 orang peserta terlibat meliputi kawasan seluas 1,364 hektar (3,371 ekar) yang ditanam dengan kelapa sawit dan getah. 3 kategori Konsep Ladang Kecil ini iaitu pemberian lot ladang seluas 3.2 hektar (8ekar), pemberian sistem saham yang senilai dengan keluasan ladang tersebut dan sebagai sumber ekonomi kepada peserta LKPP. Terdapat 7 rancangan ladang kecil iaitu Rancangan Aur Gading (Maran), Rancangan Chemomoi (Bentong), Rancangan Jerangsang (Lipis), Rancangan Temin (Jerantut), Rancangan Sungai Charu (Kuantan), Rancangan Batu 55 (Maran) dan Rancangan Bukit Kijal (Bera).


2. Rancangan Tanah Pemuda

Rancangan Tanah Pemuda (RTP) merupakan pembangunan rancangan tanah yang lebih tertumpu kepada golongan belia kerana mereka lebih produktif dan berkeupayaan untuk bekerja di sektor perladangan atas faktor usia dan tenaga yang dimiliki. Pada bulan Mac 1967 hingga bulan Oktober 1967, RTP berada di bawah kendalian Pejabat Pengarah Pesuruhjaya Tanah dan Galian Pahang.

Memandangkan bahawa kebanyakan aktivitinya berkait rapat dengan bidang pertanian, RTP kemudiannya telah diambil alih oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang pada November 1967. Pada bulan Disember 1971, kesemua pengurusan RTP telah berpindah pengurusannya kepada LKPP. Terdapat 8 Rancangan Tanah Pemuda (RTP) iaitu RTP Sepayang (Rompin), RTP Sri Gemuruh (Pekan), RTP Kampung Awah (Bera), RTP Lembah Klau (Raub), RTP Sungai Ular (Lipis), RTP Bukit Dinding (Jerantut), RTP Kampung Lebu (Bentong) dan RTP Bukit Goh (Kuantan).


3. Rancangan Tanah Pinggir

Rancangan Tanah Pinggir telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Pahang sejak tahun 1961 dengan memberikan bantuan kewangan kepada peserta untuk memajukan tanah mereka serta menjalankan aktiviti pertanian secara berkelompok. Penglibatan LKPP bermula pada 1 Januari 1973, apabila pentadbiran LKPP telah diminta untuk mengambil alih pengurusan Rancangan Tanah Pinggir daripada pentadbiran Pejabat Pengarah Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Pahang untuk mengutip hutang pembangunan daripada peserta yang terlibat.

Terdapat 131 Rancangan Tanah Pinggir yang telah dibangunkan iaitu Daerah Pekan (6 buah rancangan), Daerah Rompin (4 buah rancangan), Daerah Kuantan (11 buah rancangan), Daerah Temerloh (17 buah rancangan), Daerah Bera (5 buah rancangan), Daerah Bentong (10 buah rancangan), Daerah Maran (15 buah rancangan), Daerah Jerantut (22 buah rancangan), Daerah Lipis (26 buah rancangan) dan Daerah Raub (14 buah rancangan).


4. Rancangan Penempatan Semula Keselamatan

Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Dalam Negeri telah memutuskan untuk membangunkan penempatan khusus ekoran dari taburan penduduk yang berselerak diluar bandar dan kawasan pedalaman terutama yang mendiami “kawasan hitam’ iaitu sekitar Pahang Tengah dan Pahang Barat yang sangat terdedah kepada ancaman komunis semasa pemberontakan bersenjata oleh PKM pada tahun 1968 yang cuba mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Kerajaan Negeri Pahang melalui LKPP telah diamanahkan supaya merancang dan menguruskan pembangunan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK). Penubuhan RPSK diharap dapat menjamin keselamatan mereka dengan menempatkan semula penduduk dikawasan keselamatan atau dari “kawasan hitam” ke RPSK supaya tidak lagi mudah diancam oleh anasir komunis. Terdapat 4 rancangan RPSK iaitu RPSK Lipis (190 orang peserta), RPSK Peruang, Lipis (75 orang peserta), RPSK Jerkoh, Lipis (110 orang peserta) dan RPSK Sungai Calit, Raub (110 orang peserta).


5. Rancangan Penempatan Semula Banjir

Pada tahun 1971, salah satu keputusan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri adalah dengan mewujudkan kawasan penempatan baharu yang bebas banjir. Malah, jika berlaku banjir sekalipun, kesannya terhadap kehidupan penduduk adalah minimum. Bagi tugasan ini, pihak berwajib telah memberikan amanah kepada LKPP sekitar pertengahan tahun 1971 untuk mewujudkan penempatan baharu bagi penduduk yang terjejas oleh banjir dan kemudiannya dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB).

Pada tahun 1971, hanya satu RPSB sahaja diwujudkan iaitu RPSB Bukit Kuin, Kuantan dengan peserta seramai 137 orang.

Pada tahun 1971, penempatan RPSB telah ditambah kepada 12 buah RPSB iaitu RPSB Peramu (Pekan) seramai 119 orang peserta, RPSB Sg. Makmur (Pekan) seramai 85 orang peserta, RPSB Sepayang (Rompin) seramai 146 orang peserta, RPSB Kg. Chenor (Maran) seramai 81 orang peserta, RPSB Bohor Baru (Bera) seramai 265 orang peserta, RPSB Mempatih (Temerloh) seramai 48 orang peserta, RPSB Charuk Putting (Bera) seramai 99 orang peserta, RPSB Bukit Kening (Maran) seramai 100 orang peserta, RPSB Sg. Putat (Jerantut) seramai 150 orang peserta, RPSB Kuala Teh (Jeranutu) seramai 69 orang peserta, RPSB Kg. Pagar (Lipis) seramai 142 orang peserta dan RPSB Batu 9, Jalan Kereta api (Lipis) seramai 67 orang peserta.

Pada tahun 1973, terdapat penambahan RPSB sebanyak lapan (8) buah dengan bilangan peserta seramai 927 orang.

Pada tahun 1974, terdapat penambahan dua (2) buah RPSB iaitu RPSB Batu 55 (Maran) seramai 131 orang peserta dan RPSB Kg. Lengkong (Bentong) seramai 58 orang peserta.

Secara keseluruhannya, sebanyak 23 buah rancangan RPSB telah diwujudkan di seluruh negeri Pahang untuk menempatkan seramai 2,619 orang peserta.

RANCANGAN SOSIAL


  • Daerah Bentong
    • DUN Bilut
        RTP Lebu 93 Peserta Dibuka 1967
    • DUN Sabai
        RPSB Kg lengkong 60 Peserta Dibuka 1967
  • Daerah Bera
    • DUN Guai
        RPSB Bukit Serdang 225 Peserta Dibuka 1972
        RPSB Bohor Baru 284 Peserta Dibuka 1972
        RPSB Charuk Puting 177 Peserta Dibuka 1972
        RTP Kg Awah 75 Peserta Dibuka 1967
  • Daerah Jerantut
    • DUN Damak
        RPSB Bukit Genting 137 Peserta Dibuka 1973
        RTP Bukit Dinding 47 Peserta Dibuka 1967
    • DUN Tahan
        RPSB Kuala Teh 120 Peserta Dibuka 1973
    • DUN Pulau Tawar
        RPSB Bukit Nikmat 246 Peserta Dibuka 1972
        RPSB Sg Putat 157 Peserta Dibuka 1972
  • Daerah Kuantan
    • DUN Sg Lembing
        RPSB Bukit Kuin 2 153 Peserta Dibuka 1973
    • DUN Indera Mahkota
        RTP Bukit Goh 64 Peserta Dibuka 1966
  • Daerah Lipis
    • DUN Benta
        RPSK Peruang 138 Peserta Dibuka 1977
        RPSK Jerkoh 100 Peserta Dibuka 1979
    • DUN Padang Tengku
        RPSK Merapoh 200 Peserta Dibuka 1978
    • DUN Cheka
        RPSB Batu 9 80 Peserta Dibuka 1972
        RPSB Kg Pagar 142 Peserta Dibuka 1972
    • DUN Jelai
        RPSB Kuala Medang 166 Peserta Dibuka 1970
        RTP Sg Ular 44 Peserta Dibuka 1973
  • Daerah Maran
    • DUN Chenor
        RPSB Bukit Kening 110 Peserta Dibuka 1972
        RPSB Chenor 81 Peserta Dibuka 1972
    • DUN Luit
        RPSB Kg Sentosa 154 Peserta Dibuka 1972
  • Daerah Pekan
    • DUN Pulau Manis
        RPSB Sri Makmur 85 Peserta Dibuka 1971
        RPSB Batu8 Lepar 101 Peserta Dibuka 1975
        RTP Pulau Manis 33 Peserta Dibuka 1968
    • DUN Peramu Jaya
        RPSB Dato' Shah Bandar 355 Peserta Dibuka 1971
  • Daerah Raub
    • DUN Dong
        RPSK Sg Chalit 128 Peserta Dibuka 1978
        RTP Lembah Klau 60 Peserta Dibuka 1972
    • DUN Batu Talam
        RPSB Ulu Renggol 68 Peserta Dibuka 1971
  • Daerah Rompin
    • DUN Tioman
        RPSB Bukit Sepayang 148 Peserta Dibuka 1972
        RTP Sepayang 15 Peserta Dibuka 1971
  • Daerah Temerloh
    • DUN Lanchang
        RPSB Kg Mempateh 54 Peserta Dibuka 1972
    • DUN Jenderak
        RPSB Bukit Sendeng 105 Peserta Dibuka 1972
    • DUN Mentakab
        RPSB Desa Murni Sanggang 200 Peserta Dibuka 1972
        RPSB Desa Murni Songsang 173 Peserta Dibuka 1972
    • DUN Kerdau
        RPSB Desa Murni Kerdau 102 Peserta Dibuka 1972