Sektor Pelaburan PKPP

#

Pelaburan

Selain sektor perladangan kelapa sawit, PKPP mengorak langkah menceburi bidang pelaburan yang berpotensi dan memberi keuntungan antaranya pemilikan pegangan saham di dalam anak syarikat milik penuh PKPP seperti LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB), PKPP Agro Sdn. Bhd. (PASB) dan PKPP Plantation Sdn. Bhd. (PPSB).

PKPP turut terlibat dalam pelaburan dan usaha sama dengan pihak Royal Pahang Durian Resources – PKPP Sdn. Bhd., MIG Dairy Fresh Sdn. Bhd. dan melaksanakan projek usaha sama Kerajaan Negeri Pahang dalam menarik minat pelabur Singapura serta Thailand untuk melabur di Negeri Pahang seterusnya dapat memperkasakan lagi ekonomi setempat.

“Kita hanya buat sesuatu bila dapat peluang. Ada tempoh masa dalam hidup saya di mana banyak idea datang, dan ada juga masa-masanya tiada langsung idea. Jika saya mendapat idea minggu depan, saya akan buat sesuatu. Jika tidak, saya tidak akan buat apa-apa pun.”

“Seorang pelabur seharusnya bertindak seolah-olah beliau membuat keputusan sukar setiap kali ingin melabur.”

– Warren Buffet