Hartanah

#

LKPP Property Sdn. Bhd. diwujudkan dengan menukar nama LKPP TZ Tani Sdn. Bhd. pada 8 Mac 1996 dan beroperasi pada tarikh yang sama. Syarikat ini merupakan milik 100% Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan bidang perniagaan utama syarikat ialah pembangunan harta tanah.

Tujuan asal penubuhan LKPP Property Sdn. Bhd. adalah mengendalikan projek harta tanah milik PKPP iaitu Pembangunan Perumahan di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Kampung Soi, Pemulihan Taman Guru dan menyediakan khidmat pengurusan dalam projek pengambilalihan Coral Beach Resort Kuantan (kini dikenali sebagai De Rhu Beach Resort Kuantan).

Bermula dengan projek perumahan di PPD Kampung Soi dan Coral Beach Resort Kuantan serta projek menyelamat Koperasi Perumahan Guru-Guru Melayu Pahang Timur, Syarikat giat memajukan pembangunan komprehensif Persis Ujana, Kuantan dan Redan Perdana, Muadzam Shah. Syarikat juga bergerak ke hadapan dengan memperolehi Lesen Kontraktor G7, bagi menceburi aktiviti pembinaan Kejuruteraan Awam.