Perladangan

#

PKPP terlibat secara aktif dalam bidang perladangan kelapa sawit dengan memiliki 45,000 hektar ladang kelapa sawit di seluruh negeri Pahang. Manakala, keluasan keseluruhan ladang kelapa sawit bagi kumpulan PKPP mencapai 55,000 hektar.

Ladang-ladang PKPP yang berjumlah 54 buah ladang diuruskan oleh ejen pengurusan ladang selaku anak syarikat PKPP iaitu LKPP Corporation Sdn. Bhd. (LCSB), PKPP Plantation Sdn. Bhd. (PPSB) dan PKPP Agro Sdn. Bhd. (PASB).

Sebanyak 40 buah ladang daripada keseluruhan 54 buah ladang merupakan ladang komersial yang menjana pendapatan kepada PKPP manakala 14 buah ladang selebihnya merupakan ladang sosial yang memberikan manfaat kepada peserta-peserta rancangan sosial PKPP. Selain itu, PKPP juga turut mempunyai dua buah kilang sawit iaitu Kilang Sawit LCSB Lepar (KSLL) dan Kilang Sawit Dominion Square (KSDS) yang berkapasiti 60 dan 45 metrik tan BTS/Jam.

“Sesungguhnya, pengeluaran minyak sawit Malaysia secara mampan adalah langkah penting bagi menangani cabaran perdagangan minyak sawit secara global”.

– YAB. Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP