Penternakan

#

Ternakan Lembu Tenusu, Kambing Tenusu dan Rusa

Penternakan juga merupakan salah satu aktiviti pertanian yang dijalankan oleh anak syarikat PKPP. Penternakan lembu dan kambing diusahakan oleh Makmur Dairy Sdn. Bhd. (MDSB) yang beroperasi di Keratong, Muadzam Shah.

Aktiviti utama MDSB adalah membekalkan produk susu segar melalui penternakan lembu tenusu baka ‘Jersey’ dari Australia dan penternakan kambing baka ‘Shami’ dari Turki.

MDSB dan KSLL (Kuantan) ada juga menternak rusa jenis baka 'Javan Rusa' (Javanese timorensis) bertempat di Agro Resort Sg. Semuji dengan 141 ekor bilangan rusa

Akuakultur

PKPP juga menceburi dalam bidang akuakultur melalui Kumpulan Anak Syarikat iaitu Makmur Akuakultur Sdn. Bhd. (MASB). Projek akuakultur berasaskan udang marin ini diusahakan di Kampung Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang. Ia diusahakan di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK).

Sebanyak 275 kolam beserta kemudahan insfrastruktur telah dibangunkan di dalam kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA) ini. Sebuah pusat pengumpulan dan pembungkusan udang berkapasiti 20 tan sehari juga telah dibangunkan.

Pusat Penetasan Benih Udang (Hatceri) milik MASB yang terletak di Kampung Rantau Panjang, Rompin dengan keupayaan produktif diantara 30 ke 40 juta benih sebulan. MASB memasuki satu perjanjian bersama pihak Gertak Sanggul Hatchery Sdn. Bhd. untuk pengoperasian pusat penetasan ini.