Pertanian

#

PKPP melalui anak-anak syarikat milik penuhnya dan syarikat bersekutu turut terlibat dalam aktiviti pertanian lain seperti tanaman padi, kelapa, durian, longan, nanas, dan getah.

Aktiviti penternakan juga turut dijalankan oleh kumpulan anak syarikat PKPP yang melibatkan penternakan lembu tenusu, lembu pedaging, kambing tenusu dan kampung serta ternakan rusa di Makmur Dairy Sdn Bhd.

Projek akuakultur berasaskan udang marin juga turut diusahakan di Kg. Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang melalui kumpulan anak syarikat iaitu Makmur Akuakultur Sdn. Bhd. (MASB). lanya diusahakan di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK).

“Beliau juga mahu slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan' yang diperkenalkannya semasa mengetuai Kementerian Pertanian sebelum ini dihayati semua petani dalam erti kata lebih luas bahawa mereka bukannya sekadar petani tetapi adalah pengusaha pertanian yang boleh memainkan perananan membantu perkembangan ekonomi negara."

– Muhyiddin Yassin, Mantan Perdana Menteri Malaysia