Pendidikan

#

Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) merupakan kolaborasi pintar PKPP dan Yayasan Pahang. MTTNP adalah sebuah pusat pengajian menghafal Al-Quran yang menggabungkan sistem hafazan Al-Quran dan pengajian kitab jawi klasik (Thurath) yang diberikan nafas baru dengan kaedah dan pendekatan moden namun mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti sanad keilmuan, tarbiah dan adab dalam sistem pengajiannya.

MTTNP telah ditubuhkan pada Januari 2020. PKPP Menyediakan infra pendidikan dan sumbangan tetap tahunan berjumlah RM700,000.00, manakala Yayasan Pahang mengurus dan mentadbir MTTNP. MTTNP terletak di tapak Muara Beach Resort, Mukim Sungai Karang, Balok, Kuantan, Pahang. Kapasiti pelajar boleh memuatkan seramai 150 orang.