Keusahawanan

#

PKPP turut terlibat dengan pembangunan keusahawanan dengan menyediakan lot-lot kilang untuk disewa bagi industri kecil dan sederhana di PPD Sungai Soi, Kuantan.

Terdapat 2 jenis projek yang dibangunkan olek PKPP iaitu Projek Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Soi (32 unit) lokasinya di PPD Soi, Kuantan. Setiap unit disewakan pada kadar serendah RM500.00 hingga RM1000.00 sebulan dan merupakan kadar sewa terendah di Kuantan. Manakala 1 lagi ialah Projek pembinaan perniagaan (4 unit) di lokasi Rancangan Sosial PKPP (Bera dan Lipis). Projek ini memberi manfaat kepada 8 orang usahawan serta menjadi sumber pendapatan kepada JKKK rancangan sosial melalui kutipan sewaan kedai.