Kesihatan

#

Pusat Dialisis Qaseh PKPP (PDQP) ditubuhkan pada 27 September 2016, dengan kerjasama Teqmed Tech Sdn. Bhd. dan PKPP. Pusat Dialisis Qaseh PKPP beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2019.

PDQP menyediakan perkhidmatan rawatan cucian darah bagi pesakit yang disahkan mengalami penyakit kegagalan buah pinggang.

Pesakit akan diberikan perkhidmatan nasihat pemakanan dari masa ke semasa secara berterusan sepanjang tempoh rawatan mereka dan akan dipantau secara klinikal mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PDQR menggunakan enam (6) unit mesin Hemodialisis keluaran Freasnius Sdn. Bhd. Model 40008s.

“Apabila doktor memberitahu anda memerlukan dialisis jangka panjang sebenarnya ia bukan pilihan sebaliknya rawatan ‘wajib’ bagi membolehkan anda menjalani kehidupan sihat selepas buah pinggang gagal berfungsi dengan sempurna. Secara umumnya buah pinggang berperanan menapis racun dan mengekalkan bahan-bahan diperlukan di dalam badan.

“Bagaimanapun, apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, pesakit memerlukan penapis tiruan untuk membersihkan toksin dalam badan. Dialisis biasanya membuatkan pesakit berasa lebih baik selepas beberapa bulan dilakukan. Ia meningkatkan kualiti dan memanjangkan umur kebanyakan mereka,” katanya..

– Pakar Nefrologi Pusat Dialisis IMU Healthcare yang juga Perunding Nefrologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Kong Wei Yen