Selamat Datang ke Laman Web Rasmi
Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang
Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1969
bagi melaksanakan projek-projek meningkatkan ekonomi Negeri Pahang
serta program-program selaras dengan Dasar Ekonomi Baru
OPERASI PEJABAT INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
HARAP MAKLUM
Sambutan Jubli Emas (1969-2019)
Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat, Sumbangan kepada Pesakit Kronik,
Kejohanan Golf Mesra, Jamboree Berbasikal dan Fun Run,
Klinik dan Kejohanan Woodball Tertutup Kumpulan PKPP
PELAN STRATEGIK PKPP (2020-2025)
5 Teras, 19 Strategi, 51 program
Bajet RM2.1833
Pulangan RM2.2655
1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman
2. Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak
3. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi
Kata-Kata Hikmah
4. You need a little bit of insanity, to do great things
5. Be a good person but don't waste time to prove it
6. Do not listen with the intent to reply, but with the intent to understand

Imbasan Sejarah

Bermula dengan nama Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (atau secara ringkasnya LKPP Negeri Pahang) ditubuhkan pada 15 November, 1969 dibawah Enakmen Darurat Pahang (Bil 2) Tahun 1969. Enakmen penubuhan LKPP Negeri Pahang kemudiannya telah disahkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 01 April, 1971.

Di awal penubuhannya, LKPP Negeri Pahang telah terlibat di dalam pembukaan ladang di kawasan-kawasan yang diteroka oleh Jabatan Pertanian. Di sinilah juga bermulanya tanggungjawab sosial LKPP Negeri Pahang dengan pewujudan Rancangan Tanah Pemuda (RTP). Di dalam Rancangan Lima Tahun LKPP dan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), LKPP Negeri Pahang perlu lebih agresif dalam penanaman tanaman komoditi utama.

Dengan berlakunya banjir besar pada 1970/1971 serta gerakan komunis yang masih berleluasa, LKPP Negeri Pahang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tambahan projek sosial melibatkan rakyat iaitu Rancangan Penempatan Semula Banjir dan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan. Dengan berlakunya banjir besar pada 1970/1971 serta gerakan komunis yang masih berleluasa, LKPP Negeri Pahang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tambahan projek sosial melibatkan rakyat iaitu Rancangan Penempatan Semula Banjir dan Rancangan Penempatan Semula Keselamatan di samping Projek Tanah Pinggir dan Ladang Kecil

Sektor Penglibatan

Selain tanggungjawab sosial yang diwarisi sejak awal penubuhan, PKPP mengorak langkah di dalam menceburi bidang-bidang komersial bagi meningkatkan pulangan ekonomi kepada Negeri Pahang. Perubahan kepada cabaran semasa ekonomi serta semangat dan iltizam daripada kepimpinan semasa, PKPP terus mengorak langkah meneroka peluang ke atas sumber-sumber kekayaan baru bagi memastikan PKPP terus relevan.

Perladangan Kelapa Sawit

Jumlah Keluasan Ladang Kumpulan PKPP adalah sekitar 80,000 hektar. Ini termasuk kategori projek komersial dan juga sosial.

Pengilangan Minyak Sawit

Dua buah kilang dengan gabungan kapasiti pemprosesan mencecah 100/mt sejam.

Pembangunan
Hartanah

Projek hartanah dikendalikan syarikat anak iaitu LKPP Property Sdn Bhd.

Pelancongan dan Rekreasi

Meliputi De Rhu Beach Resort dan Kem Nemo serta Agro Resort Sg Semuji

Akuakultur dan Ternakan

Projek seperti penternakan udang, lembu/tenusu serta kambing

Penanaman
Padi

Dilaksanakan oleh PKPP Agro di Rompin (Paya Laka dan Kerpai)

PKPP

Peneraju Pertanian Negeri Pahang

Lembaga Pengarah

YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Pengerusi

Dato' Sri Haji Shahiruddin Ab Moin

Timbalan Pengerusi

Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak

YB Setiausaha Kerajaan Pahang

Dato' Sri Haji Shamsulbahri Haji Ibrahim

YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang

Dato' Indera Nazri Abu Bakar

YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang

Dato' Sri Kamaruddin Mohammed

Far East Holdings Berhad

Dato' Indera Haji Zulkifli Haji Yaacob

Pegawai Kemajuan Negeri Pahang

Dato' Mohd Fadil Osman

YB ADUN Kemayan

Dato' Haji Nor Azmi Mat Ludin

ADUN Kuala Semantan

Encik Abdul Malik Othman

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Puan Masila Ya’kub

Kementerian Kewangan

Dato' Suhaimi Mohd Yunus

Setiausaha

Pengurusan

Dato' Suhaimi Mohd Yunus

Ketua Pegawai Eksekutif

Hajjah Sarwah Mohamed Jusoh

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

Encik Othman Sabu

Pengurus Hal Ehwal Korporat

Hajjah Sharifah Norjannah Syed Agil

Pentadbiran dan Sumber Manusia

Encik Mohd Hanafi Sh Abdul Hamid

Pembangunan dan Penilaian Projek

Tuan Haji Roslan Mohd Ali

Pembangunan Projek Sosial

Encik Ahmad Hisham Abdul Halim

Penyelidikan dan Pembangunan

Hajjah Noorlili Mohd Amin

Audit Dalam

Berita Semasa Terkini

Pertandingan Bowling Tertutup Antara Bahagian PKPP

  • oleh Bahagian Pentadbiran
  • News

Pertandingan Bowling Tertutup Antara Bahagian telah diadakan pada 15 Februari 2020 bertempat di Mega Lanes, Berjaya Megalanes, Kuantan. Program ini merupakan salah satu program yang telah dirangka bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang.

Majlis Jamuan Malam Sempena Jubli Emas (PKPP)

  • oleh Bahagian Pentadbiran
  • News

Tirai 2020 telah dibuka dengan Majlis Jamuan Malam Sempena Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) “Sejarah Dibina, Kegemilangan Tercipta”. Majlis yang penuh gilang gemilang ini telah diadakan pada 28 Januari 2020 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Kejohanan Golf Mesra Sempena Sambutan Jubli Emas PKPP

  • oleh Bahagian Pentadbiran
  • News

Sebagai salah satu pengisian sambutan ulang tahun ke 50 Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang, satu acara yang diberi nama Kejohanan Golf Mesra Sempena Sambutan Jubli Emas PKPP telah dirancang dan dilaksanakan pada 25 Januari bertempat di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan.

Sambutan Ulang Tahun Ke 50 (Jubli Emas) PKPP

  • oleh Bahagian Pentadbiran
  • News

Tarikh 15 November setiap tahun merupakan tarikh penting kepada anggota perkhidmatan PKPP kerana ia merupakan ulang tahun penubuhan PKPP. Lebih penting lagi, 15 November pada tahun 2019 adalah ulang tahun ke-50 iaitu Sambutan Jubli Emas.

Testimoni/Pencapaian

Video Korporat

Notis/Iklan

Tiada kekosongan jawatan buat masa ini. Permohonan jawatan (melalui surat, resume, e-mail dan lain-lain) yang dihantar di luar tempoh iklan jawatan kosong tidak akan dipertimbangkan. Harap maklum.

7 Nilai Bersama
Integriti, Kompetensi, Dinamik, Kreatif & Inovatif, Musyawarah, Istiqomah, Tawakal

Soalan Lazim (FAQs)

Syarikat/individu yang berminat hendaklah mengemukakan surat permohonan bersama profail syarikat dan kertas kerja/cadangan untuk tindakan PKPP.

Untuk makluman, iklan jawatan kosong akan diiklankan di laman sesawang www.pkpp.gov.my. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PKPP 1 yang boleh diperolehi melalui laman sesawang atau datang sendiri ke PKPP.

Individu/Syarikat Bumiputra yang berminat menyewa di bengkel/kilang di Pusat Pertumbuhan Desa Kg. Sg. Soi boleh menghantar surat rasmi permohonan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PKPP dengan melampirkan profail lengkap syarikat perniagaan, salinan 3 bulan penyata bank terkini serta salinan SSM. Permohonan tertakluk kepada kekosongan yang masih ada, keputusan temuduga pemilihan dan lain-lain syarat serta kelayakan yang ditetapkan oleh PKPP.

Pengurusan Maklum Balas/Aduan