Pembangunan Hartanah

LKPP Property Sdn. Bhd. diwujudkan dengan menukar nama LKPP TZ Tani Sdn. Bhd. pada 8 Mac 1996 dan beroperasi pada tarikh yang sama, Syarikat ini merupakan milik 100% Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan bidang perniagaan utama syarikat ialah pembangunan harta tanah. Tujuan asal penubuhan LKPP Property Sdn. Bhd adalah mengendalikan projek harta tanah milik PKPP iaitu Pembangunan Perumahan di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Kampung Soi, Pemulihan Taman Guru dan menyediakan khidmat pengurusan dalam projek pengambilalihan Coral Beach Resort Kuantan (kini dikenali sebagai De Rhu Beach Resort Kuantan). Bermula dengan projek perumahan di PPD Kampung Soi dan Coral Beach Resort Kuantan, syarikat terus maju kehadapan dengan penglibatan dalam projek menyelamat Koperasi Perumahan Guru-guru Melayu Pahang Timur dan diikuti dengan pembangunan Bandar Baru Kuantan Putri.

 

   
Paparan Terbaik Di IE 10.0, Mozilla Firefox 52.0 & Google Chrome 57.0 dengan resolusi 1360 x 768 
Dasar Keselamatan| Dasar Privasi | Penafian
Hak Cipta © 2019 PKPP